MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR BENDERA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2022 – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Bendera peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur di Dataran Merdeka.

Majlis Pelancaran ini telah diadakan serentak dengan Majlis Pelancaran Peringkat Kebangsaan yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. YBhg Datuk Bandar telah menerima gegantung yang dijadikan simbolik perasmian oleh pasukan payung terjun Polis DiRaja Malaysia yang turut membawa bendera Malaysia dan bendera Wilayah Persekutuan.

Turut menghadiri Majlis Perasmian tersebut adalah YDH CP Datuk Wira Mat Kasim bin Karim, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, YB Senator Datuk Nicole Wong Siaw Ting, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Pegawai Kanan DBKL, Wakil Agensi dibawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan wakil syarikat konsesi seperti Alam Flora.

YBhg Datuk Bandar juga juga turut meluangkan masa bersama tetamu yang hadir berjalan dan mengedarkan jalur gemilang di sekitar pusat penjaja di Jalan Melayu dan Jalan Masjid India.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut