LOVE SCAM: JANGAN TERPEDAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Penipuan cinta atau Love Scam adalah modus operandi yang kerap digunakan sindiket penipuan didalangi warga Afrika untuk memperdaya mangsa berbanding sindiket penipuan lain. Penipuan menggunakan modus operandi ini paling kerap digunakan kerana ‘kaedah’ itu dipercayai amat berkesan untuk memerangkap dan memperdaya mangsa.

Dilaporkan menerusi akhbar, pada 28 Julai 2022 yang lalu, seorang Pengarah syarikat kerugian RM5.29 juta selepas menjadi penipuan sindiket ‘Love Scam’ melalui perkenalan dengan seorang lelaki di sebuah laman sesawang. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang juga wanita tempatan berusia 64 tahun.

Modus operandi yang digunakan suspek adalah, dia mendakwa sedang bekerja sebagai paramedik di Hospital California dan kemudian memperdayakan mangsa dengan menyatakan bahawa dia menerima kontrak besar pembekalan peralatan perubatan bernilai AS$22 juta (RM9.7 juta). Dia kemudiannya mendakwa memerlukan dana modal permulaan bagi kontrak terbabit turut berjanji akan mengahwini mangsa. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalin kerjasama dengan pasukan polis di beberapa buah negara ASEAN dan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi memerangi jenayah penipuan dalam talian. Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, antara pasukan polis negara-negara ASEAN yang telah menjalin kerjasama dengan PDRM adalah Korea, Taiwan, Singapura, Hong Kong dan Macau. Beliau berkata, kerjasama itu membabitkan jenayah judi dalam talian, pelaburan tidak wujud, Love Scam dan sebagainya.

Sebagai maklumat tambahan,hubungi CCID Scam Response Centre jika anda menjadi mangsa penipuan dalam talian di 03-26101599 atau 03-26101559 (8am – 8pm setiap hari).

 

Sumber rujukan:

Scammer: PDRM jalin kerjasama polis negara ASEAN, Interpol (Sinar Harian)
Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta ditipu Love Scam (Harian Metro)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …