FITNAH DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

Fitnah berasal dari bahasa Arab yang membawa beberapa takrifan. Mengikut petikan yang diambil dari laman sesawang Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, fitnah menurut al-Azhari, Ibn Faris dan Ibn Manzur membawa maksud ujian. Fitnah turut digunakan dalam perbualan seharian Bahasa Arab bagi merujuk kepada kufur, pembunuhan serta kebakaran. Dalam Bahasa Melayu, fitnah mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu merujuk kepada mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak.

Berdasarkan takrifan iniperbuatan fitnah dari perspektif agama Islam hukumnya haram dan ditegah kerana ia boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan dan kemusnahan harta serta kehilangan nyawa. Dalam Islam, fitnah adalah salah satu dari sifat terkeji dan amat dilarang. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir [191]”.

Surah Al-Baqarah:191.

FirmanNya lagi yang bermaksud:

 Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya) [10]. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai) [11]”.

Surah Al-Qalam: 10-11.

Perbuatan fitnah turut dikecam keras oleh Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah R.A yang bermaksud:

 “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)”. 

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

 

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut