BNM: APG AKHIRI MESYUARAT TAHUNAN DENGAN MEMPERKUKUH USAHA PERANGI JENAYAH KEWANGAN GLOBAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

BERNAMA pada 29 Julai 2022 melaporkan Kumpulan Asia/Pasifik (APG) mengenai Pengubahan Wang Haram telah merumuskan mesyuarat tahunan 2022 yang dihadiri oleh lebih 370 wakil antarabangsa dari rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia pada 24 hingga 28 Julai 2022, dengan memperkukuhkan usaha dalam memerangi jenayah kewangan global. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), APG telah mencapai beberapa hasil penting termasuk penerapan laporan susulan penilaian bersama dan laporan tipologi serta keputusan tadbir urus dan organisasi yang penting berhubung dengan masa hadapan APG.

BNM berkata hasil yang dicapai pada minggu ini telah meletakkan APG serta negara dan bidang kuasa anggotanya pada kedudukan yang lebih baik untuk menentang jenayah kewangan serta menewaskan usaha penjenayah dan pengganas untuk menjatuhkan integriti sistem kewangan antarabangsa. APG merupakan organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada 41 negara dan bidang kuasa anggota di rantau Asia/Pasifik dan telah ditubuhkan pada tahun 1997 di Bangkok, Thailand. Anggotanya, termasuk Malaysia, sangat komited untuk melaksanakan standard antarabangsa terhadap jenayah kewangan serius yang memberikan kesan kepada sistem kewangan.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …