PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA DIJANGKA TERUS KUKUH PADA SUKU KEDUA TAHUN INI – PM ISMAIL SABRI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh pada suku kedua tahun ini, disokong oleh beberapa petunjuk ekonomi termasuk perdagangan yang meningkat sebanyak 43.4 peratus kepada paras tertinggi baharu berjumlah RM270.4 bilion. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Bersempena Ulang Tahun ke-60 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di Petaling Jaya pada 28 Julai 2022, eksport turut meningkat sebanyak 38.8 peratus kepada RM146.2 bilion manakala import melonjak 49.3 peratus kepada RM124.2 bilion. Mengulas selanjutnya, Ismail Sabri berkata jualan perdagangan borong dan runcit turut mencatat peningkatan sebanyak 19.9 peratus pada Mei lepas manakala jualan sektor pembuatan menokok sebanyak 15.7 peratus bagi tempoh sama. Perdana Menteri menyifatkan prestasi ekonomi yang baik itu turut disokong oleh dasar-dasar kerajaan yang konsisten terutamanya inisiatif di bawah Bajet 2022, pakej rangsangan dan bantuan-bantuan lain yang diperkenalkan.

Menurut Perdana Menteri lagi, bagi suku pertama 2022, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah berkembang sebanyak 5.0 peratus disokong oleh peningkatan permintaan dalam dan luar negara serta pemulihan pasaran buruh. Bagi tempoh sama, sejumlah RM42.8 bilion pelaburan telah diluluskan yang melibatkan sebanyak 910 projek dan mewujudkan 24,906 peluang pekerjaan baharu untuk Keluarga Malaysia. Malah, Ismail Sabri berkata, agensi penarafan antarabangsa global, S&P juga telah menaik taraf prospek penarafan Malaysia daripada negatif kepada stabil, sekali gus memaparkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan kredit dan kemampuan negara ini mengharungi cabaran fiskal selepas pandemik.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut