MAI KITA PAKAT SERTAI KAJIAN IMPAK APLIKASI PRICE CATCHER KPDNHEP

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar dan Operasi)

Price Catcher? Ya, penulisan artikel mengenai aplikasi Price Catcher pernah disiarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pulau Pinang melalui pautan ini pada 5 Julai 2022. Aplikasi tersebut membantu pengguna untuk menyemak harga barangan di kedai atau premis yang berhampiran mereka dengan mudah dan pantas.

Sehubungan itu, semua pengguna platform tersebut diseru agar sudi meluangkan sedikit masa memberikan maklum balas melalui kajian impak aplikasi Price Catcher yang diaktifkan oleh Bahagian Harga Barang Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  (KPDNHEP) bagi memastikan aplikasi Price Catcher lebih efisyen dan sentiasa relevan.

Para pengguna boleh melayari pautan https://forms.gle/1wSJyMJtAijeZkC78 untuk menyertai kaji selidik penggunaan aplikasi tersebut bermula 5 Julai lalu sehingga 25 Ogos 2022.

Terima kasih atas komitmen anda. Anda pengguna bijak.

Sumber : Laman KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …