ASET RIZAB RASMI MALAYSIA BERJUMLAH US$109.02 BILION PADA AKHIR JUN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

BERNAMA pada 29 Julai 2022 melaporkan aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$109.02 bilion (US$1=RM4.45) pada akhir Jun 2022, berdasarkan format ‘Special Data Dissemination Standard’ (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), aset mata wang asing lain pula berjumlah US$5.9 juta.

BNM menambah, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang. Kedudukan jualan hadapan pula adalah sebanyak US$14.0 bilion pada akhir Jun 2022, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …