DEMAM DENGGI BOLEH MEMBUNUH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Kesihatan)

Endemik jangkitan iaitu denggi boleh membunuh jika kita tidak berwaspada. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan jangkitan denggi (DENV) kepada dua kategori, iaitu denggi (demam denggi biasa) dan denggi teruk (demam denggi berdarah).

Demam denggi berpunca daripada jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Menurut perkongsian maklumat daripada portal Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Sehingga kini, masih tiada rawatan khas untuk demam denggi kecuali langkah pencegahan. Kumpulan yang berisiko tinggi adalah penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi dan kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah, dengan penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan tersebut.

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

Sehubungan itu, masyarakat diminta untuk mengutamakan penjagaan kebersihan kawasan kediaman. Pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mencegah penyakit ini termasuk:

  1. memusnahkan tempat pembiakan nyamuk seperti membuang bekas yang boleh menakung air;
  2. menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk; dan
  3. mengambil langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti memasang ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup.

 

Sumber rujukan:

Demam denggi boleh membunuh (Jabatan Penerangan Malaysia)
Jangan ketepikan ancaman denggi ! (BERNAMA)
Demam Denggi (Portal Info Sihat, KKM)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut