PULAU PINANG AKAN BUAT PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI LARANG ADUN LOMPAT PARTI  

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Kepentingan Negeri)

BERNAMA pada 26 Julai 2022 melaporkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat pindaan Perlembagaan Negeri bagi melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti supaya kekal konsisten dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang dipinda. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata beliau telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang Pulau Pinang untuk melihat dan membantu bagaimana ia dapat diselarikan dalam perkara tersebut. Katanya Pulau Pinang juga akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas untuk melaksanakan pindaan yang perlu kepada Perlembagaan Negeri Pulau Pinang supaya ia dapat dibentangkan dalam masa terdekat iaitu pada September nanti.

Sumber: Laman Web BERNAMA

 

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut