TIGA KAMPUNG DI LABUAN TERIMA PENANUGERAHAN BEBAS JENAYAH PDRM

 

LABUAN: Tiga buah kampung di sini menerima sijil penganugerahan   Bebas Jenayah oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Wilayah Persekutuan Labuan  sempena Program Apresiasi Pencegahan Jenayah yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Labuan.

Majlis penyampaian anugerah Bebas Jenayah itu disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Khamis.

Hadir sama menyaksikan majlis yang julung kalinya diadakan itu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Pengarah Majlis Keselamatan  Negara (MKN), Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiez Mohd Daud, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Ismaidi Ismail dan Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Ahmad Jawila.

Tiga kampung yang menerima pengiktirafan itu ialah Kampung Layang-Layangan bagi kategori A  yang mempunyai kepadatan penduduk  3,000 ke atas, Kampung Sungai Buton bagi kategori B (kepadatan penduduk 3000 ke bawah) dan Kampung Belukut bagi kategori C yang mempunyai kepadatan penduduk kurang 1200.

Ketiga-tiga kampung berkenaan hanya merekodkan satu kes sepanjang tahun 2021 hingga Jun 2022.Pada majlis itu, 27 Ketua Kampung,  lima Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk  (MPP) Zon Labuan dan beberapa pemimpin individu termasuk wakil jabatan dan agensi kerajaan  turut menerima sijil penghargaan.

Untuk rekod kontijen Polis  Labuan merupakan kontijen pertama yang menganjurkan Program Apresiasi Pencegahan Jenayah  yang bertujuan untuk menghargai peranan penduduk kampung dalam pencegahan jenayah.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …