PERKONGSIAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1444H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dan mengawali permulaan tahun baru ini dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dan tahun-tahun mendatang dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah.

Berikut adalah perkongsian Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah (rujuk lampiran gambar).

  • Doa Akhir Tahun Hijrah (1443H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijah 1443H bersamaan 29 Julai 2022M (Jumaat).
  • Doa Awal Tahun Hijrah (1444H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 29 Julai 2022M (Jumaat).

Info:

  • Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.
  • 29 Julai 2022: Waktu Asar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah pada jam 4.44 petang manakala waktu Maghrib adalah pada jam 7.30 malam.

Boleh juga Klik di: https://online.flippingbook.com/view/407859972/

Marilah sama-sama kita amalkan dan semoga bermanfaat. Insya-allah.

Artikel/Berita Terkini

ANCAMAN KEPADA PESARA KERAJAAN YANG INGIN MELANCONG: WASPADA PENIPUAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Keinginan untuk menikmati kehidupan selepas bersara dengan melancong sememangnya sesuatu yang positif. Namun, golongan pesara kerajaan perlu lebih berhati-hati kerana …

DRONE MENCEROBOH RUANG UDARA LATVIA: CABARAN TERHADAP KESELAMATAN WILAYAH UDARA

Kronologi Kejadian Kejadian bermula pada awal pagi 14 Ogos apabila sistem keselamatan Latvia mengesan sebuah dron memasuki ruang udaranya. Dron …

HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung. Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.  Hapuskan tempat pembiakan Aedes …