BENGKAK DI LEHER? APAKAH KEMUNGKINANNYA?

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Kesihatan)

Berdasarkan data pendaftaran kanser negara, barah tiroid adalah barah kelapan tertinggi di Malaysia dan sebahagian besar penghidapnya membabitkan wanita.

Pakar Perubatan Nuklear, Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Wan Fatihah Wan Sohaimi berkata, sesetengah masyarakat menganggap bengkak di leher perkara biasa, namun ia sebenarnya mempunyai faktor penyebab sehingga boleh mengakibatkan barah. Satu daripada jenis barah yang mempunyai fizikal sama dengan bengkak di leher adalah barah tiroid.

Sesetengah masyarakat beranggapan bahawa barah penyakit menyebabkan kesakitan yang teruk namun sebenarnya ada yang sebaliknya. Kerana itu, ramai ambil mudah mengenai barah tiroid, malah ada yang tidak mendapatkan rawatan lanjut sehingga barah itu berada pada tahap membimbangkan. Kesedaran rakyat di Malaysia umumnya berkaitan barah tiroid masih rendah serta membimbangkan.

Menurut Dr Wan Fatihah, barah tiroid terbahagi kepada dua iaitu tidak agresif dan agresif. Barah tidak agresif dirujuk mengikut kategori umur iaitu umur 55 ke bawah dikira sebagai tahap satu dan dua. Walaupun barah sudah merebak, ia boleh dirawat serta mempunyai harapan untuk sembuh.

Rawatan utama barah tiroid adalah melalui pembedahan dan rawatan kedua pula, pesakit perlu ambil ubat hormon sepanjang hidup dan dirujuk ke Jabatan Perubatan Nuklear untuk rawatan seterusnya iaitu radioaktif iodin yang hanya terdapat di USM bagi negeri di pantai timur. Radioaktif iodin adalah rawatan istimewa yang akan diberi mengikut risiko pesakit dan rawatan barah tiroid ini tidak seperti barah lain kerana ia tidak memerlukan rawatan kemoterapi.

Dr Wan Fatihah berkata, bengkak di leher kebiasaannya bermula daripada kulit, kelenjar air liur, kelenjar limfa dan tiroid akibat jangkitan kuman. Ada dua jenis bengkak di leher iaitu bengkak kelenjar air liur bersifat sementara malah tidak berbahaya serta akan surut dalam tempoh satu hingga dua minggu, manakala yang kedua adalah bengkak disebabkan ketumbuhan. Contoh, limfoma dan beguk yang bengkaknya berpanjangan dan pesakit tidak perlu risau namun tetap memerlukan rawatan doktor.

 

Sumber rujukan:

Harian Metro: Waspada jika ada bengkak di leher

 

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut