PENYEBARAN COVID-19: PASAR WUHAN DIKENAL PASTI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: Keselamatan Rakyat (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Pasar haiwan liar dan unggas eksotik hidup di Wuhan, China dikenal pasti sebagai pusat penyebaran wabak COVID-19, menurut satu kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal Science.

Kajian itu menjawab persoalan sama ada virus terbabit merebak daripada haiwan ke manusia atau akibat kemalangan makmal untuk berlaku wabak seterusnya.

Sebelum ini, kertas pertama yang menganalisis corak geografi kes pada bulan pertama wabak berlaku iaitu Disember 2019, menunjukkan kes pertama berkumpul di sekitar Pasar Huanan.

Data genomik kedua memeriksa daripada kes terawal untuk mengkaji evolusi awal virus itu, menyimpulkan tidak mungkin coronavirus tersebar secara meluas pada manusia sebelum November 2019.

Pasukan kajian pertama menggunakan alat pemetaan bagi menentukan lokasi kebanyakan 174 kes pertama yang dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendapati 155 daripadanya berada di Wuhan.

Kajian kedua pula menumpukan pada menyelesaikan percanggahan yang jelas dalam evolusi awal virus.

Sementara itu, WHO turut mengalu-alukan kajian baharu yang menyimpulkan COVID-19 pertama kali muncul di pasar haiwan di Wuhan, China, namun kekal menegaskan masih terlalu awal untuk menolak teori lain.

 

Sumber rujukan:

Pasar Wuhan dikenal pasti pusat penyebaran COVID-19
WHO gesa golongan homoseksual had aktiviti seksual

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut