SESI LIBAT URUS JPJ BERSAMA INSTITUSI MEMANDU NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

JPJ Pulau Pinang telah mengadakan satu sesi libat urus bersama Institusi Memandu Negeri Pulau Pinang bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung, JPJ Pulau Pinang.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Aedy Fadly bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan & Operasi JPJ Malaysia. Seramai 11 orang pengusaha institut memandu telah hadir ke mesyuarat ini. Turut menyertai mesyuarat ini Pengarah JPJ Pulau Pinang, Pengarah Pelesenan Pemandu JPJ Malaysia, Pegawai-pegawai kanan JPJ Ibu Pejabat dan negeri Pulau Pinang.

Objektif utama sesi libat urus ini diadakan adalah bagi berkongsi pendapat dan bertukar-tukar pandangan antara JPJ dan pengusaha Institut Memandu Pulau Pinang, menyelaraskan aktiviti-aktiviti di Bahagian Pelesenan Pemandu dan menyelesaikan isu-isu dan masalah yang berbangkit dari institut memandu.

Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …