PROGRAM ‘MEET AND GREET’ BALAI POLIS TTDI, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2022 – Program ‘Meet And Greet’ anjuran Bahagian Kolaborasi Balai Polis TTDI telah diadakan di Pasar Besar TTDI, Kuala Lumpur. Hadir mengendalikan program ialah Kpl Mohd Zamzilawari bersama 3 orang PRP dan Amanita Balai Polis TTDI.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan serta merapatkan hubungan dua hala yang baik antara masyarakat dengan PDRM khususnya Balai Polis TTDI.

Dalam program ini, masyarakat turut diberikan pengetahuan serta tips-tips pencegahan jenayah berkaitan kes ragut, pecah rumah, pecah cermin kereta dan buli. Risalah-risalah berkaitan pencegahan jenayah turut diedarkan kepada pengunjung yang ditemui. Program ini telah berjalan dengan lancar dan telah berakhir dengan jayanya.

 

SUMBER: POLIS BRICKFIELDS

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …