JPJ PULAU PINANG PANTAU ADUAN AWAM (MELETAK KENDERAAN DITEMPAT TIDAK DI BENARKAN)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Bertindak di atas aduan yang diterima daripada orang awam, Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan pemeriksaan di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Kawasan Perumahan di sekitar Relau pada 26 Julai 2022.

Antara kesalahan yang dikesan adalah meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.  Tindakan saman telah diambil dan semua pengguna kenderaan diingatkan supaya tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik @ jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …