EMPAT BUAH HOSPITAL AWAM DI PULAU PINANG TERIMA SUMBANGAN DARIPADA SPPP

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi dan Operasi)

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) memberikan sumbangan berjumlah RM48,000 kepada empat buah hospital di Pulau Pinang  bagi membantu menyediakan kemudahan perubatan yang lebih selesa di hospital kerajaan. Empat buah hospital itu adalah Hospital Kepala Batas, Hospital Bukit Mertajam, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya.

Pengerusinya Datuk Tan Teik Cheng berkata, sumbangan yang diberikan itu adalah baki lebihan kos operasi pelaksanaan program Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) sektor pengangkutan oleh SPPP pada tahun lalu.

Menurutnya, pelaksanaan PPVIN itu melibatkan caj RM60 yang dikenakan kepada 5,434 penerima vaksin terdiri daripada petugas barisan hadapan di Pelabuhan Pulau Pinang.

SPPP telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam pelaksanaan program tersebut tanpa mengambil sebarang keuntungan. Malah, baki lebihan tersebut kini disumbangkan sebanyak RM12,000 bagi setiap hospital tersebut sebagai  inisiatif tanggungjawab sosial.

Sumber rujukan:

Bernama dan MG

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut