MAIWP, AXIATA PERLUAS BAKAT ASNAF

MAIWP diketuai Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar telah mengadakan kunjungan hormat demi memperhalusi cadangan dan idea bersama demi kelestarian Asnaf di Wilayah Persekutuan pada 21 Julai 2022.

Perbincangan dua hala antara Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan, Pengerusi AXIATA dan pengerusi MAIWP, beberapa kerjasama strategik bakal dimeterai antaranya Program Pembangunan akademik dan usahawan di kalangan asnaf dan golongan B40.

Selain itu kerjasama menggunakan medium AXIATA turut ditekankan demi membantu asnaf mempromosikan produk mereka dan berkongsi teknologi digital agar golongan ini berjaya dan keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pastinya banyak input dan output dikongsi dan di bincangkan dalam perjumpaan dua hala ini dan pastinya ia akan digerakkan dalam masa terdekat. MAIWP sentiasa mengorak langkah mempelbagaikan usaha dalam memperjuangkan asnaf hingga berjaya.

 

SUMBER: MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …