JIM KELANTAN GAGALKAN PENYELUDUPAN PATI

 

Kota Bharu, 24 Julai 2022 – Taktik licik sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadikan sebuah rumah di Bukit Gading,Tanah Merah sebagai lokasi transit berjaya ditumpaskan oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri kelantan, petang Ahad lalu.
Hasil pemeriksaan mendapati seramai 40 PATI Warganegara Myanmar, Kemboja dan Bangladesh yang terdiri dari 31 lelaki dan 9 perempuan dalam lingkungan umur 18 hingga 45 tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Turut ditahan seorang lelaki Warganegara Kemboja berusia 30-an dan disyaki sebagai tekong.
Kesemua PATI disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong terbabit disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut