PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI IPD PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, IPD Putrajaya, 23 Julai 2022 – Insp. Alias Bin Muhamad telah menyampaikan ceramah pencegahan jenayah dalam talian sempena Program Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti yang dianjurkan oleh PERKEB Blok 4B Presint 9, Putrajaya.Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat serta berkongsi tip-tip pencegahan jenayah komersil agar tidak menjadi mangsa. Turut dikongsikan juga pelbagai modus operandi penjenayah dalam talian bagi memperdaya mangsa. Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan panggilan dari orang yang tidak dikenali, yang mengaku sebagai penguatkuasa atau pihak bank bagi mempengaruhi mangsa agar memberikan maklumat peribadi dan perbankan seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon dan nombor akaun untuk tujuan perdayaan.Justeru, jadilah masyarakat yang bijak dan jangan dedahkan maklumat peribadi dan perbankan anda melalui telefon kepada pihak ketiga tanpa berfikir panjang. Bersama-sama kita membasmi penipuan atas talian ini.

#ceramah

#Antiscammer

#ipdptjjulai2022

#jomlikefbPolisKL

#jomlikefbIpdputrajaya

Sumber : IPD PUTRAJAYA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …