WARGA 12 BGD DERMA DARAH

KUALA LUMPUR: Seramai 250 warga Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd) terlibat dalam Program Derma Darah anjuran Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Wardieburn dengan kerjasama Pusat Darah Negara yang bertempat di Dewan Dato’ Othman Harun pada 20 Jul 2022.

Program ini diadakan bertujuan bagi membantu menangani masalah kekurangan bekalan darah sekaligus mempamerkan keprihatinan dan pengorbanan warga Tentera Darat (TD) demi kepentingan masyarakat umum.

Selain itu, kempen sebegini juga memudahkan warga TD untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing tanpa menghadirkan diri ke hospital untuk menderma. Menderma darah merupakan satu ibadah yang digalakkan dalam agama khususnya dalam membantu mereka yang memerlukan.

Program ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu menekankan Peningkatan Hubungan TD Dengan Awam, khususnya dalam usaha membantu Pusat Darah Negara memastikan bekalan darah berada dalam keadaan stabil.

– Briged Kedua Belas Infantri Malaysia

 

SUMBER: BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …