PESTA PADI BAKAL JADI TARIKAN PELANCONGAN BAHARU NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Kepentingan Negeri)

PERMATANG PAUH – Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang telah diadakan pada 22 hingga 24 Julai 2022 di Kampung Terus, Penanti di sini telah memasuki edisi keempat dan berjaya meraih kehadiran ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri. Pesta ini juga bakal menjadi tarikan baharu pelancongan negara apabila ia dicadang dimasukkan dalam kalendar pelancongan sekali gus diiktiraf sebagai acara pelancongan kebangsaan.

Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 itu dianjurkan bersama oleh Pejabat Exco Agroteknologi, Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan serta Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika berucap pada Majlis Penutup Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 di sini pada 24 Julai 2022 berkata festival ini bukan sahaja mengangkat budaya dan warisan kita, malah menjadikan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan yang wajib dilawati oleh orang ramai setiap tahun.

Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang tiga hari pesta berkenaan diadakan seperti pertandingan arca jerami padi, pertandingan menangkap ikan di tengah bendang, memanah, menunggang kuda dan kereta lembu, pameran dan pertandingan warisan padi.

Sumber : Sinar Harian 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …