TYT HARAP PULAU PINANG AMBIL IKTIBAR MODENKAN BIDANG PERTANIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang disaran agar mengambil iktibar dari negara-negara lain yang berjaya memodenkan bidang pertanian negeri dalam usaha meningkatkan jaminan dan keselamatan makanan negara. Saranan tersebut dinyatakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dalam ucapan Hari Pertama Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri 2022 di Dewan Sri Pinang pada 23 Julai 2022.

Usaha sewajarnya juga perlu dipertingkat bagi menarik generasi muda usahawan tani untuk menyumbang kepada nilai tambah pertanian serta membolehkan Pulau Pinang menyumbang ke arah meningkatkan jaminan dan keselamatan makanan negara. Selain itu, pelbagai agensi penyelidikan kerajaan serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta perlu bekerjasama untuk memajukan sektor berkenaan.

Beliau turut berkata dalam tempoh pemulihan ekonomi ini, Pulau Pinang diuji pula dengan pelbagai cabaran termasuk gangguan rantaian bekalan melibatkan tenaga kerja serta bekalan cip semikonduktor. Walaubagaimanapun, dengan asas-asas ketahanan dibina selama ini, jalinan rangkaian infrastruktur dan industri yang kukuh serta kerjasama awam-swasta, cabaran pemulihan ekonomi dihadapi dapat diatasi bersama.

Sumber :Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut