MINI ZOO KUALA KRAI BAKAL DIBUKA KHAMIS INI KEPADA PENGUNJUNG

 

KUALA KRAI – Mini Zoo Kuala Krai bakal dibuka secara rasmi 28 Julai (Khamis) ini kepada pengunjung bermula jam 2.00 petang, manakala berikutnya waktu operasi adalah setiap hari bermula pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
Menurut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kuala Krai, pelbagai jenis haiwan seperti burung, mamalia, reptilia dan amfibia boleh didapati di Mini Zoo Kuala Krai dan haiwan tersebut juga terdiri daripada spesis tempatan dan luar negara yang tidak didapati di persekitaran negara kita.
Di samping itu juga, perkara menarik yang disediakan kepada pengunjung ialah seperti flying fox (berbayar), Terowong Ilmu, Mini Aquaria, Animal Petting, Taman Herba Puspanita serta kemudahan pengangkutan Buggy Elektrik.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan YB Dr Izani Husin berkata, dengan beroperasinya Mini Zoo yang berkeluasan 5 ekar tersebut, maka bertambahlah tempat rekreasi di negeri Kelantan khususnya kepada orang ramai atau keluarga untuk membawa anak-anak beriadah dan bersiar-siar sambil melihat binatang yang ada di Mini Zoo tersebut.
“Pakat jaga tempat rekreasi keluarga ini supaya sentiasa bersih dan menjadi destinasi wajib singgah para pelancong apabila mereka datang bercuti ke negeri Kelantan di samping dapat meningkat ekonomi kepada penduduk setempat.” katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …