MANGSA SCAM: LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK POLIS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan scam dan harus berada pada tahap kewaspadaan yang tinggi. Berikut merupakan antara tips yang boleh digunakan bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan scam:
  1. Jangan jawab panggilan dari nombor telefon dari luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor tersebut adalah kenalan anda;
  2. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, kata laluan perbankan online, kod CVV kad bank anda atau nombor TAC kepada pihak yang tidak dikenali;
  3. Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda;
  4. Hubungi pihak Telco Perkhidmatan anda jika anda menerima panggilan yang tidak dikenali berulang kali; dan Gunakan aplikasi seperti “Truecaller” sebagai inisiatif menyekat panggilan scammer.

Sekiranya anda menjadi mangsa scam, sila tampil dan laporkan kepada pihak polis supaya tindakan segera dapat dilaksanakan atau merujuk terus kepada CCID di talian 03-2610 1599/1559.

 

Sumber rujukan:

Laman Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Laman Facebook PDRM

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut