PROGRAM I-CEGAH @ INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Sekolah Menengah Kebangsaan Valdor, Sungai Bakap, Pulau Pinang telah menganjurkan Program Ceramah dan Pameran Antidadah pada 21 Julai 2022 bertempat di dewan sekolah tersebut.

Dalam program ini, Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seberang Perai Selatan telah dijemput untuk memberi ceramah dan berkongsi maklumat berkaitan bahaya dadah kepada pelajar-pelajar sekolah.

Program ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kaedah kepada para pelajar untuk menghindarkan diri dari terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah serta menjadi generasi yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan Negara.

Program seperti ini amat bagus dan diharap dapat diteruskan ke sekolah-sekolah lain di Pulau Pinang.

 

Sumber : AADK Daerah Seberang Perai Selatan

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut