TEATER ‘ELYAS EMAS’

Kolaborasi DBKL bersama Mekar Budaya kembali lagi.

Ini bukan sebuah biografi, tetapi lebih kepada sebuah cerita tentang sanjungan dan penghargaan. Tapi yang istimewanya, dalam persembahan ini nanti anda akan dapat menyaksikan nostalgia konsert raksasa Sudirman di Chow Kit Road, julangan Piala Thomas skuad Malaysia 1992 dan akhirnya “kemunculan” Tan Sri Elyas Omar sendiri.

Menampilkan aktor Radhi Khalid sebagai Tan Sri Elyas Omar, sebuah naskhah tulisan Lenny Erwan dan Farah Hada, diarahkan oleh Yusmar Afeendi, menampilkan Kumpulan Kesenian DBKL, saksikanlah ELYAS EMAS (The Golden Elyas).

Persembahan dibuka kepada umum pada malam 22 dan 24 Julai 2022. Dapatkan pas masuk anda yang sangat terhad dengan menghubungi nombor di poster ini.

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPURĀ https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut