??????????? ??????? ???????? ????? ???? (?????) ??????? ???????? ?????? ??????? ?????????? (????? ?? ????)

KUALA LUMPUR, pada 17 Julai 2022 SWCorp Wilayah Persekutuan telah menjalankan Program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) melalui aktiviti sampah menjana pendapatan (TRASH TO CASH) dan dilaksanakan di PPR Sungai Bonus, Kuala Lumpur.

Program tersebut adalah salah satu usaha untuk memupuk semangat masyarakat pada Β aktiviti kitar semula disamping menyelamatkan sisa yang boleh dikitar semula ini daripada terus dibuang ke tapak pelupusan malah dapat memberi pulangan atau pendapatan sampingan kepada individu yang melaksanakannya dalam kalangan komuniti.

Aktiviti Trash to Cash turut disertai oleh penduduk PPR Sungai Bonus Kuala Lumpur. Barangan kitar semula yang berjaya dikumpul adalah seberat 191kg dengan nilai RM301.40

SWCorp Wilayah Persekutuan menyeru kepada semua masyarakat agar sentiasa bersama menjaga kebersihan di Kuala Lumpur untuk kekal bersih, indah dan harmoni.

Mana-mana komuniti yang ingin melaksanakan program Trash To Cash, boleh terus pm admin ya.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp

Sumber : SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …