PROGRAM KONVOI SANTAI ANAK MUDA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Tingkah Laku Sosio-Budaya)

Program Konvoi Santai Anak Muda (SAM) yang dianjurkan oleh  Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah telah diadakan pada 16 Julai 2022. Program ini bermula dari Masjid Daerah Seberang Perai Tengah.

Acara pelepasan peserta Konvoi SAM telah sempurnakan oleh YBhg. Ustaz Mohd Hanif bin Omar @ Wahab, Pemangku Pengarah JHEAIPP. Program Konvoi SAM yang melibatkan penyertaan anak muda bermotosikal bermula dari Masjid Daerah SPT dan berakhir di Masjid Jamek Machang Bubok, SPT. Ketibaan peserta di Masjid Machang Bubok disambut oleh Pengerusi dan AJK Kariah masjid.

Pada program ini, peserta konvoi telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan persekitaran masjid. Peserta kemudian mendengar tazkirah santai bertajuk “Ride To Jannah” yang telah disampaikan oleh Imam Utama Masjid Abdullah Fahim, SPU iaitu YBhg. Ustaz Lukmanul Hakim Mokhtar. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada 20 orang asnaf terdiri daripada anak kariah di situ.

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …