PROGRAM W-FIT@COMMUNITY 2022 PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Kesetaraan Gender)

Pada 16 Julai 2022,  Program W-Fit Community 2022 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan telah diadakan di Padang Awam, Bandar Tasek Mutiara Fasa 5 & 6 bermula jam 7.30 pagi. Program yang diadakan khusus untuk memperkasakan wanita ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Bandar Tasek Mutiara Fasa 5&6.

Program ini mendapat sambutan hangat dan dihadiri oleh kira-kira 110 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Bandar Tasik Mutiara dan kawasan sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Senamrobik, Funwalk dan Cabutan bertuah.

Encik Abd Hamid Bin Haji Mohd Yasin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan telah menghadiri program ini.

Sumber : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …