KERJASAMA UTHM DENGAN DUA UNIVERSITI DI TURKIYE PERKASAKAN PENDIDIKAN NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

BERNAMA melaporkan pada 11 Julai 2022. kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang termeterai dengan dua universiti di Turkiye pada 7 Julai 2022 di Presidential Palace, Presidential Complex, Ankara dilihat dapat memperkasakan lagi pendidikan negara melalui aktiviti pengantarabangsaan khususnya dalam bidang akademik dan penyelidikan. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM Prof Dr Azme Khamis berkata dua universiti itu ialah Istanbul Medipol University (IMU) dan Ankara Medipol University (AMU). UTHM akan bekerjasama dengan IMU dan AMU berkaitan aktiviti penyelidikan dalam bidang saintifik dan teknologi, mobiliti staf akademik, staf pentadbiran dan pelajar, perbincangan, simposium serta ceramah saintifik dan teknologi. Kerjasama itu turut melibatkan perkongsian serta pertukaran penemuan akademik, penerbitan dan informasi pendidikan, peluang staf AMU menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UTHM dan lain-lain kerjasama yang akan dipersetujui kelak.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …