DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Minyak masak paket bersubsidi bukan hanya menjadi rebutan pengguna domestik dan peniaga kecil, malah kekurangan bekalannya di pasaran turut berpunca daripada aktiviti ketirisan seperti penyeludupan.
Sehubungan itu, dilaporkan menerusi akhbar Sinar Harian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama dengan agensi-agensi penguat kuasa bekerjasama bagi membanteras isu penyeludupan minyak masak peket bersubdisi di sempadan tanah air.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beberapa strategi sedang dirangka termasuk menubuhkan jawatankuasa untuk mengesan kegiatan haram berkenaan. Menurutnya, ia termasuk kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan sebagainya bagi membantu membanteras isu tersebut.