MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG MOBILISASI MISI BANTUAN PASCA BANJIR BALING

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

 

Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menggerakkan pasukan khas bagi melaksanakan Misi Bantuan Pasca Banjir Baling. Pasukan ini dianggotai seramai 38 orang wira-wira barisan hadapan MBPP daripada Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Landskap, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penguatkuasaan.
Mereka yang dilengkapi peralatan dan jentera seperti lori combi, lori HST, “Skid Loader”, SSL (bobcat), “Multi Purpose Loader” dan sebagainya akan ditugaskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Baling membantu kerja-kerja pembersihan selut dan pokok-pokok yang terdampar di kawasan yang terkesan.
Pelepasan pasukan ini dimulakan dengan bacaan doa selamat dan taklimat keselamatan agar kesemua wira-wira sentiasa kuat dan bersemangat menabur bakti.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …