MAJLIS RAMAH MESRA KETUA-KETUA JABATAN KERAJAAN WP LABUAN

WP LABUAN – Bermula Ogos ini, warga Labuan akan melihat kakitangan syarikat kontraktor terlantik Jitra Padu Resources melaksanakan pembacaan meter, penghantaran bil serta penghantaran notis pemotongan bekalan air.
Pengarah Bahagian Bekalan Air (BBAL) Labuan Pn Trinil Indah Puspita berkata lantikan pihak ketiga itu akan diberikan ID pengenalan BBAL yang akan memastikan liputan penghantaran notis tersebut dipertingkat.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan di Labuan, semalam.
Di dalam majlis itu juga, BBAL menyampaikan input-input dan perkongsian berilmiah berkaitan sistem bekalan air di Labuan. Majlis tersebut merupakan platform yang baik bagi mengeratkan lagi hubungan antara semua jabatan kerajaan di WP Labuan.
SUMBER: RTM

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …