OP PERTIWI – MARITIM NEGERI PULAU PINANG BERJAYA RAMPAS 19 SET BUBU NAGA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

19 set bubu naga telah berjaya dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang di dua lokasi berbeza iaitu di kedudukan lebih kurang 1.6 batu nautika barat daya perairan Batu Kawan pada sekitar jam 4.15 hingga 4.40 petang 4 Julai 2022.

Pemantauan berterusan melalui rutin OP PERTIWI yang dilakukan oleh bot ronda APMM Pulau Pinang telah mengesan objek terapung yang mencurigakan di dua lokasi dan berjaya menemukan 19 set bubu naga yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab. Kesemua bubu naga tersebut dirampas dengan anggaran nilai RM2,280 dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

Sifat bubu naga yang tidak selektif dan merosakkan ekosistem marin serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain menyebabkan penggunaan bubu naga diharamkan penggunaannya di laut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

 

Sumber : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …