APLIKASI PRICE CATCHER BANTU PENGGUNA SEMAK HARGA BARANGAN KEPERLUAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran Yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)

Selaku pihak berwajib yang bertanggungjawab menyelaras dan menguatkuasakan perihal perdagangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), telah mengaktifkan beberapa talian berhubung aduan dan salah laku peniaga melalui medium digital bagi memudahkan para pengguna. Selain melayari portal dan facebook rasmi KPDNHEP, pengguna juga boleh memilih beberapa saluran alternatif yang disediakan kementerian tersebut seperti berikut :

Selain itu, pengguna juga dinasihatkan agar tidak mudah melatah sekiranya harga barangan bersubsidi atau barangan kawalan yang dijual di kawasan mereka melebihi daripada harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan. Pengguna boleh membuat semakan harga barangan melalui aplikasi ‘Price Catcher’ iaitu sebuah platform yang dibangunkan oleh KPDNHEP untuk mendapatkan maklumat harga barangan dengan pantas.

Sementara itu, Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya turut mengadakan program dan hebahan berkaitan aplikasi ‘Price Catcher’ supaya masyarakat lebih cakna berhubung harga barangan semasa. Menurut Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya, Puan Marshita Othman dalam Program Bike Week Balik Pulau 2022 yang diadakan pada 3 Julai 2022, aplikasi tersebut mesra pengguna dan boleh diakses dalam ruang lingkup 5 kilometer dari premis berhampiran lokasi pengguna.

Sumber Rujukan :

Laman Rasmi KPDNHEP & PMR Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …