LAGI ADUAN BERKAITAN PENIAGA AYAM DITERIMA KPDNHEP PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Selepas pelaksanaan harga siling runcit baharu ayam standard RM9.40 sekilogram berkuat kuasa 1 Julai 2022, KPDNHEP Pulau Pinang telah menerima empat lagi aduan membabitkan peniaga ayam. Aduan tersebut adalah membabitkan kesalahan tidak mempamerkan tanda harga serta peniaga mengenakan caj atau upah memotong ayam.

Dalam pada itu, KPDNHEP turut memaklumkan bahawa kuota bagi pembungkusan semula minyak masak di Pulau Pinang adalah sebanyak 3,434 tan metrik membabitkan 25 pengusaha yang diberi lesen untuk mengeluarkan minyak masak bersubsidi di negeri ini.

KPDNHEP akan terus melakukan pemantauan harga terutamanya membabitkan barang kawalan seperti ayam, telur dan minyak masak bagi memastikan bekalan mencukupi dan mudah diperolehi pengguna dengan harga berpatutan pada setiap masa.

KPDNHEP berharap agar pengguna dapat bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberi kerjasama jika mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan dan menyorok barang kawalan atau subsidi bagi memastikan aktiviti haram itu dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Sumber Rujukan : BERNAMA & Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

𝗪𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗖𝗔𝗞 – 𝗠𝗔𝗟𝗕𝗔𝗧𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) MALBATT Sebuah …
Maklumat Lanjut

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut