PASTIKAN BATIK MALAYSIA, BUATAN MALAYSIA, BARU BELI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (IMPAK GLOBALISASI)

Umum mengetahui bahawa tarikh 3 Disember setiap tahun adalah Hari Batik Malaysia. Ini adalah salah satu penghargaan atas segala sokongan dan usaha yang telah disumbangkan oleh Allahyarhamah Tun Datin Paduka Seri Endon Mahmood, iaitu isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam membawa Batik Malaysia ke persada dunia.

Oleh itu, marilah kita sebagai rakyat Malaysia bersama-sama turut menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Batik Malaysia dengan membeli dan mempromosikan Batik Malaysia dengan memperagakan baju Batik Malaysia agar terus mekar dan terkenal di mata dunia dan dalam masa yang sama turut membantu industri Batik Malaysia untuk kekal dinamik dan kompetitif dalam arena ekonomi global.

Batik Lukis- Teknik aplikasi lilin batik menggunakan alat canting bagi melukis reka corak ke atas fabrik .

Batik Terap-Teknik aplikasi lilin batik menggunakan blok atau sarang batik bagi menerap/mengecap/mencetak reka corak ke atas fabrik .

Batik Sutera Saring- Teknik aplikasi lilin batik menggunakan blok cetak sutera saring (silk screen) bagi mencetak reka corak ke atas fabrik.

Batik Alternatif- Teknik aplikasi bahan dan peralatan alternatif sebagai teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak ke atas fabrik seperti Batik Cetakan Kreatif, Batik Clay, Batik Linut dan sebagainya.

Sumber Rujukan:

Kraftangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …