Kota Kinabalu Sabah : 29 Jun 2022 Operasi bersepadu kanak-kanak jalan/pengemis jalanan bermula pada jam 08.30 pagi di dua lokasi iaitu di Penempatan atas air, Kg Sembulan dan Kawasan Kilang Pencetakan, Likas. Operasi bersepadu melibatkan agensi keselamatan diketuai oleh MKN, seramai 109 petugas yang ditugaskan dalam operasi tersebut terdiri daripada DBKK,PDRM,JIM,APM,JPKA,JKNS,KKM,PHEDNP dan SMRT Sabah. Kerjasama baik dari semua agensi terlibat memperoleh kejayaan melebihi sasaran hasil dalam operasi tersebut.
Dari anggaran risikan 32 orang, operasi berjaya membuat tangkapan seramai 107 orang bangsa Palauh. Rujuk Laporan Polis TANJONG ARU/004029/22 Jam 1536 pm iaitu 98 orang telah diusir ke Semporna. Pengusiran ke Semporna terhadap 98 orang Palauh menggunakan 3 buah bas sewa khas dengan iring kawal MKN, DBKK & JPKA (Dalam Proses Penghantaran). Hasil komitmen, persefahaman dan integriti tinggi semua agensi yang terlibat dalam operasi ini, tiada kejadian buruk berlaku.
Turut hadir di Holding Centre di Dewan Serbaguna, Sembulan, Kota Kinabalu ialah YBrs.Tuan Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan, Pengarah Keselamatan Negeri MKN Negeri Sabah, YBhg. Tuan Jais bin Asri, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah, YBhg. Datuk Norliza binti Ag. Alip, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, YBhg. Datuk Haji Ag. Shahminan bin Ag. Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Negeri Sabah dan Tuan Norali @ Ag Norali bin Ag Damit, Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri MKN Negeri Sabah.