OPS ATM DAN PENGAUDITAN DI PEMBUNGKUS MINYAK MASAK

 

KOTA BHARU 04 Julai : Seksyen Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan telah menjalankan Pengauditan keatas Syarikat Pembungkus Minyak Masak di Salor, Kota Bharu, Kelantan disini hari ini.
Pengauditan telah dilakukan mendapati stok bekalan semasa minyak masak sebanyak 75, 880 kg diperolehi bekalan daripada Kuantan, Pahang dan dijangka akan dibuat pembungkusan pada hari esok.
Satu arahan di bawah Seksyen 8, Akta Kawalan Bekalan 1961 telah dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat dan dokumen berkaitan transaksi belian, jualan serta stok semasa minyak masak bagi tujuan pengauditan.
Pemilik premis juga dikehendaki menyediakan cadangan penghantaran ke premis-premis yang disenaraikan supaya bekalan sampai menyeluruh kepada pengguna.

Artikel/Berita Terkini

KAPAL LAYAR KAYU TERBESAR DUNIA BERLABUH DI MELAKA

Pantai Kundur – Sebuah kapal layar kayu tradisional terbesar di dunia selamat berlabuh di Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, sebagai …
Maklumat Lanjut

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut