SESI LIBAT URUS DKN 2021-2025 BERSAMA PELAJAR IPTA- UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Kota Kinabalu, Sabah 23 Jun 2022: MKN Sabah meneruskan sesi libat urus Dasar Keselematan Negara 2021-2025 bersama ahli akademik dan pelajar IPT bagi memfokuskan isu mutakhir iaitu sekuriti ekonomi.

Perkembangan pasca pandemik menyebabkan ancaman keselamatan ekonomi dan MKN merasakan tahap pemahaman anggota masyarakat dalam isu keselamatan ekonomi berbanding kesihatan agak rendah.

Selain daripada isu keselamatan tradisional dan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dikongsikan oleh MKN Sabah, sesi pada hari ini diharapkan dapat menggarap isu isu berkaitan Economics Security agar peralihan ke fasa endemik dapat berjalan dengan lancar seterusnya menjamin kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah.

Sesi ini berjaya mengupas isu yang lebih bersifat real time issue-Keselamatan Ekonomi seiring polisi kerajaan yang sedang dilaksanakan serta impak kepada taraf hidup Rakyat pasca pandemik. Isu isu seperti subsidi dan bantuan bersasar dibincangkan secara terperinci dalam siri kali ini.

Satu sesi yang amat sukses, UMS selaku IPTA menyarankan agar libat urus komprehensif seperti ini akan diadakan secara kerap agar analisis input dapat diresolusikan bersama.

 

#DKNmy
Majlis Keselamatan Negara
Universiti Malaysia Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …