NELAYAN DAN PEMANCING DISARAN BANTU PIHAK BERKUASA MEMANTAU PENCEMARAN DI LAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Menteri Alam Sekitar dan dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru golongan nelayan dan pemancing membantu Kerajaan menangani kes pencemaran di laut dengan menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa.

Dalam satu temubual selepas merasmikan program di Pantai Marang pada 3 Julai 2022, beliau berkata nelayan dan pemancing disarankan mengambil gambar atau video sebarang kegiatan pencemaran di laut seperti pembuangan minyak hitam dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa untuk tindakan undang-undang.

Menurut beliau lagi, kes pencemaran di laut masih terkawal namun semua pihak mestilah sentiasa bersikap cakna supaya tidak memberi kesan kepada kehidupan marin.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …