PULAU PINANG SAMBUT BAIK USAHA KERJASAMA DEMI MANFAAT RAKYAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2022

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4 : TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi Dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa menyambut baik usaha kerjasama daripada kerajaan serta agensi Persekutuan terutama dalam agenda yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Karnival Rakyat Batu Uban 2022 yang diadakan di pekarangan Lotus’s Sungai Dua pada 3 Julai 2022. Menurutnya lagi, pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa memberi fokus terhadap pembangunan sosioekonomi dan kebajikan rakyat. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa fokus utama Kerajaan Negeri adalah merealisasikan Visi Penang 2030.

Kerajaan Negeri juga telah melancarkan ❤️PENANG (LovePENANG) sebagai instrumen membantu antara satu sama lain untuk terus mencapai kejayaan sambil menjaga kebajikan rakyat. Malah, beliau juga menyeru semua pihak bertungkus-lumus dalam memulihkan semula negeri ini agar dapat menikmati hasil pembangunan dan sosioekonomi yang kukuh.

Pulau Pinang telah berjaya merekodkan pelaburan tertinggi bagi tahun 2021 iaitu sebanyak RM76 bilion dan merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK sebanyak 6.8 peratus berbanding negatif 2.1 peratus tahun sebelumnya.

Sejumlah16 agensi kerajaan dan swasta mengambil bahagian pada penganjuran Karnival Rakyat Batu Uban 2022 antaranya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso); Jabatan Kebajikan Masyarakat; Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang; Polis Diraja Malaysia; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; Kumpulan Perubatan Menara; Hong Leong Bank dan banyak lagi. Karnival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai acara untuk semua lapisan masyarakat termasuk senam aerobik, pertandingan mewarna dan gubahan tuala.

SUMBER:

Buletin Mutiara

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …