SEMUA MASJID DAN SURAU DI MELAKA DIBENAR IBADAH KORBAN

Gambar Ihsan

AYER KEROH – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menetapkan semua masjid dan surau di negeri Melaka dibenarkan untuk melaksanakan ibadah korban sebagaimana ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Vaterinar termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata ibadah itu boleh dilaksanakan selama empat hari bermula selepas selesai menunaikan solat Hari Raya Aidiladha serta hari tasyrik iaitu 11 dan 12 Zulhijjah sehingga sebelum berkahirnya solat Asar pada 13 Zulhijjah.

“Masjid, surau dan mana-mana pihak yang melaksanakan ibadah korban hendaklah mematuhi peraturan serta ketetapan Jabatan Perkhidmatan Vaterinar termasuk PBT.

“Pihak JAIM dan Jabatan Kesihatan Melaka akan memantau perkembangan jangkitan di masjid dan surau serta memastikan langkah pencegahan sewajarnya dilakukan secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

PENGARAH JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat

Dalam pada itu beliau berkata, semua pekeliling dan prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan masjid dan surau berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan JAIM sebelum ini dimansuh berkuatkuasa 1 Julai.

Jelasnya, beberapa saranan dan nasihat bagaimanapun perlu dipatuhi orang awam yang menyertai aktiviti pengimarahan masjid serta surau.

“Antaranya semua individu yang hadir dalam aktiviti pengimarahan didalam bangunan masjid dan surau dikehendaki sentiasa memakai pelitup muka.

“Individu positif COVID-19 dan sedang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) dilarang menyertai aktiviti pengimarahan termasuk sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban,” katanya menerusi kenyataan media.

Tambahnya, individu yang bergejala juga dilarang untuk menyertai sebarang aktiviti di masjid atau surau selain diingatkan juga mengelak 3C iaitu kawasan sesak, sempit dan sembang dekat.

“Antara saranan lain adalah elakkan bersalaman atau bersentuhan, amalkan etika batuk serta bersin selain jalani ujian COVID-19 jika bergejala,” katanya.

 

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut