PENUTUP KEPADA JAWATANKUASA KHAS KESELAMATAN NEGERI SELANGOR: PENGURUSAN PANDEMIK

CHERAS – Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari telah mengadakan lawatan kerja ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) pada 1 Julai 2022 yang lalu bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri Selangor : Pengurusan Pandemik 2022. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan yang terdiri daripada pegawai kanan dan anggota dari Briged Tengah PGA Polis Diraja Malaysia sebelum dibawa ke bilik mesyuarat bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor: Pengurusan Pandemik 2022.

Turut hadir sepanjang program berlangsung adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Hj. Haris Kasim, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor, Puan Faizatul Aini Mohd Adnan,  Timbalan Komander Briged Tengah PGA, ACP Chew Tham Soon, wakil-wakil agensi dan jabatan keselamatan negeri Selangor.

Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini adalah bertujuan membincangkan situasi semasa mengenai pengurusan pandemik COVID-19 di negeri Selangor. Mesyuarat pada kali ini adalah yang terakhir sejak negara telah memasuki fasa peralihan endemik pada April 2022. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi-agensi yang terlibat di dalam pengurusan pandemik COVID-19 di negeri Selangor yang telah bertungkus lumus menguruskan pandemik ini sejak ianya melanda negara pada 2020.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …