14 SET BUBU NAGA DIRAMPAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

GEORGETOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang merampas 14 set bubu naga di dua lokasi berbeza di Sungai Juru di sini pada Selasa. Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kesemua bubu itu dirampas pada 1.7 batu nautika barat perairan Sungai Juru kira-kira jam 6 hingga 6.20 petang.

Menurutnya, rampasan dilakukan oleh sepasukan penguat kuasa ketika melakukan rondaan rutin Op Pertiwi. Pemantauan berterusan yang dilakukan pasukan operasi Maritim Pulau Pinang petang semalam telah berjaya mengesan objek terapung yang mencurigakan di dua lokasi. Kita berjaya menemukan 14 set bubu naga yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dirampas bernilai anggaran RM2,240 itu dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …