TBSB BERJAYA TARIK PEMAIN UNGGUL INDUSTRI

 

PASIR PUTEH – Pangkalan Bekalan Tok Bali atau Tok Bali Supply Base (TBSB) yang berfungsi sebagai hub dan pangkalan bekalan untuk kesemua kegiatan logistik hiliran dan huluan petroleum telah memulakan operasi sepenuhnya pada September 2015 dan berjaya menarik keyakinan pemain unggul industri untuk bertapak di TBSB.
Antara pemain unggul industri tersebut ialah Hess Exploration and Production Malaysia B.V, Hibiscus Oil & Gas Malaysia Limited, Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd dan Carigali-PTTEPI Operating Company Sdn Bhd.
Industri tersebut telah berjaya membawa kemajuan pembangunan TBSB melalui peningkatan kontraktor sokongan dan agen yang mencecah 40 syarikat sehingga kini yang mampu membuka peluang pekerjaan berskala rendah, sederhana dan tinggi kepada rakyat Kelantan di samping menjana hasil kepada Kerajaan Negeri.
Sebagai rekod, pelan induk pembangunan TBSB yang merangkumi 5 fasa secara berperingkat bermula 2014- 2039 (25 tahun) melibatkan luas keseluruhan 565 ekar dirangka secara strategik berdasarkan permintaan syarikat-syarikat minyak, kontraktor sokongan dan pemain industri minyak dan gas (MIGAS) tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, TBSB juga merancang kepada pembangunan perniagaan baharu iaitu pelabuhan komersil sebagai satu cabang perniagaan yang bakal menawarkan peluang tenaga kerja dan pengusaha komoditi komersial menjayakan keberhasilan tinggi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …