TAKLIMAT LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA SERTA PENGURUSAN RACUN BERSAMA PEKEBUN – PEKEBUN KECIL DAERAH BARAT DAYA DAN TIMUR LAUT, PULAU PINANG DI PUSAT AGRO PELANCONGAN RELAU, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah menganjurkan Program Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Pekebun – Pekebun Kecil pada 29 Jun 2022, bertempat di Pusat Agro Pelancongan Relau. Program dimulakan dengan Taklimat Keselamatan dalam Pengendalian Racun Makhluk Perosak oleh Puan Norainy binti Md Hashim dari Jabatan Pertanian Pulau Pinang dan disusuli dengan Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka oleh Puan Intan Arnieza dari JAS Pulau Pinang.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Dalam program ini turut diedarkan pelekat kenderaan yang direka khas dengan simbol Larangan Pembakaran Terbuka serta info talian hotline aduan. Pelekat kenderaan ini telah diedarkan kepada tetamu jemputan dan pengunjung yang hadir. Majlis turut diperdengarkan dengan lagu Boria berkisarkan isu-isu alam sekitar, hasil kerjasama Pengarah JAS Pulau Pinang dan kumpulan Boria Omara yang terkenal di Pulau Pinang.

Pengujian asap kenderaan, pameran alam sekitar dan kaunter pengumpulan e-waste turut dibuka kepada pengunjung yang hadir. Program turut dihadiri oleh 120 peserta terdiri dari pekebun pekebun. Turut hadir sama adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Pulau Pinang, wakil dari agensi kerajaan dan swasta antaranya Pusat Pertanian Relau, RISDA, FAMA, PDRM, MBPP, LPP dan B- BRAUN.

Pengharaman pembakaran terbuka boleh membantu dalam menangani masalah pencemaran udara. Sehubungan itu, komitmen dan kerjasama semua pihak berkuasa serta masyarakat amatlah diperlukan dalam usaha menjaga kualiti udara di negara ini, khususnya di Negeri Pulau Pinang.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …