BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL GERAKSARAF PERANGSARAF DALAM MEMBANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH DI TERENGGANU


KUALA TERENGGANU, 29 JUN 2022


MKN Negeri Terengganu telah melaksanakan satu bengkel dengan kerjasama pihak AADK Negeri Terengganu dalam usaha untuk membangunkan satu modul geraksaraf perangsaraf dalam membanteras penyalahgunaan dadah di Terengganu pada 29 Jun 2022 bertempat di Motel Desa Kuala Terengganu. Program ini telah disertai oleh beberapa wakil jabatan/agensi/NGO yang melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seperti PDRM, Pejabat Daerah bersama Penghulu Mukim, Jab.Pendidikan, Jab. Penerangan, Jab. Hal Ehwal Agama, Jab. Belia dan Sukan, Jab. Kemajuan Masyarakat, Jab. Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Yayasan Pembangunan Keluarga dan Majlis Belia.

Objektif program ini adalah untuk:

  1. Mengumpulkan pendapat/pandangan awam sebagai input (idea) untuk membangunkan dan mewujudkan satu modul baharu GSPS dalam membanteras dadah di Negeri Terengganu;
  2. Kesediaan Jabatan/Agensi/NGO untuk mengintegrasikan program-program tahunan mereka dengan program-program Jabatan/Agensi lain dengan melaksanakan secara bersepadu melibatkan perkongsian sumber seperti kepakaran/logistik/kewangan.

Perlaksanaan pembinaan modul ini dibagahikan kepada 3 kluster utama yang menekankan belia sebagai golongan sasar iaitu Kluster Pendidikan, Kluster Kekeluargaan dan Kluster Komuniti. Hasil dari program ini akan dijadikan satu modul yang terbaik untuk melaksanakan program GSPS memerangi dadah secara bersepadu yang memfokuskan kepada belia dalam usaha menghalang golongan ini dari berminat dan terjebak dengan najis dadah.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS 8 : KESELAMATAN RAKYAT

————————————————————————————————————————-

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut