TEMPOH DISKAUN TAMBANG FERI RORO DI PULAU PINANG DILANJUTKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH (Ciri-ciri Sifat Geografi Wilayah)

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus kepada pengguna feri RORO sehingga hujung tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Tan Teik Cheng berkata, inisiatif itu diharap dapat terus membantu mengurangkan bebanan kos perjalanan rakyat yang berulang alik menggunakan Feri RORO iaitu bagi penumpang motosikal, basikal dan beca.

Menurutnya, selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia, semua lapisan masyarakat tanpa mengira sama ada warganegara Malaysia atau tidak, akan dapat menikmati pembiayaan itu.

Mengulas mengenai inisiatif itu, Teik Cheng berkata, sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) di bawah Kementerian Pengangkutan, SPPP telah melaksanakan inisiatif di bawah aspirasi Keluarga Malaysia ini dengan mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus tambang feri berkenaan selama enam bulan bermula 1 Januari lalu.

Sumber: Laman Web Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut